Selamat Datang

Tuesday 22 November 2011

contoh rancangan harian pendidikan islam

Rancangan Harian Pendidikan Islam
Tahun  : 5 Pintar
Hari     : Rabu
Tarikh :09 November 2011
Masa   : 09.10 – 09.40 pagi (30 minit )
Tajuk  : Solat Berjemaah
Matapelajaran : Pendidikan Islam
Konsep utama :Tuntutan Solat Berjemaah
Kata Kunci     : Imam,makmum, kelebihan solat berjemaah
Tujuan Am       :Pelajar dapat memehami konsep solat berjemaah dan dapat mengamalkannya    dalam kehidupan seharian mereka.
Objektif pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
                                    1.Menyebut pengertian solat berjemaah dan dalilnya.
                                    2.Menyenaraikan syarat-syarat menjadi imam dan makmum
                                    3.menerangkan kedudukan Imam dan makmum
Nilai Murni          :Bekerjasama dan Istiqamah
                               Solat Merupakan Tiang Agama
Kemahiran Berfikir :Membuat Perbandingan,Membuat urutan,menyenaraikan
Kaedah pengajaran :Perbincangan , soal jawab dan Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar :Video,kertas A4
Pengetahuan Sedia Ada :Murid Sudah Biasa Menunaikan Solat Berjemaah Di Sekolah


Isi Pengajaran :
1.Pengertian Solat Berjemaah
                        *Solat yang dilakukan lebih dari seorang atau secara beramai-ramai dengan
                        Diketuai oleh seorang imam.
2.Dalil Tuntutan Solat Berjemaah
            *Dalil solat berjemaah
            *Maksudnya : daripada Abdullah Bin Umar r.a.Rasulullah s.a.w.bersabda : solat
            Berjemaah lebih afdal dari solat seorang diri dengan 27 darjat .
3.hukum Solat Berjemaah :
       Fardhu Ain..iaitu wajib dilakukan oleh setiap orang islam.Hukum ini ditentukan bagi solat jumaat,kerana solat jumaat tidak sah dilakiukan seorang diri
      Fardhu Kifa yah-iaitu memadai beberapa orang yang melakukannya.Hukum ini ditentukan pada sembahyang fardhu selain Jumaat sama ada di surau,masjid atau ditempat-tempat ibadat yang lain.Sekiranya tidak ada orang yang melakukannya secara berjemaah maka seluruh penduduk kampung terwebut mendapat dosa.
      Sunat- iaitu  tidak mesti dilakukan tetapi digalakkan melakukannya.Hukum ini ditentukan pada solat jenazah dan solat2 sunat yang dikehendaki melakukannya secara berjemaah.
4.Syarat-syarat menjadi imam
       1.lelaki
      2.Baligh
      3.Baik bacaan Qurannya
      *      4.Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain
5. Syarat-syarat makmum
       1.Niat mengikut imam
      2.Mengetahui perbuatan imam
      3.Mengikut perbuatan imam
      4.Kedudukan makmum di belakang imam
      5.Imam dan makmum berada di satu tempat.



Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan/BBM
Set Induksi
Guru meminta murid-murid membaca doa.
Guru menayang video kepada pelajar.

Guru menyoal pelajar :Apakah yang kamu lihat dan faham daripada video tersebut?
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pembelajaran tersebut.
Murid membaca doa

Pelajar melihat dan menghayati tayangan video tersebut.
Pelajar menjawab soalan guru secara beramai-ramai.

Pelajar memahami tajuk yang akan dipelajari.

Set Induksi :
Mempersembahkan sesuatu yang baru dan menarik minat pelajar dengan tayangan video.

Objektif ;
Guru menyatakan tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya.

Video
Langkah 1
Guru meminta beberapa orang pelajar member maksud solat berjemaah.
Guru menerangkan secara terperinci pengertian solat berjemaah.
Guru menyoal pelajar secara rawak tentang hukum solat berjemaah.
Guru mengulas jawapan pelajar.
Beberapa orang pelajar menyebut maksud solat berjemaah.
Pelajar mendengar dengan teliti.

Wakil darp pelajar menjawab soalan guru.




slide
Langkah 2
Guru menyoal pelajar tentang syarat-syarat wajib solat yang telah dipelajari pada pembelajaran yang lalu.
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan syarat-syarat menjadi imam dan makmum.
Guru mengulas syarat-syarat tersebut.
Pelajar dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik.


Pelajar membaca slide yang dipaparkan.


Pelajar mendengar ulasan daripada guru.
Merangsang proses mengingat semula

Guru mengaitkan maklumat baru dengan maklumat yang telah dipelajari.

Langkah 3
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.
Guru member arahan supaya pelajar berada dalam kumpulan masing=masing.
Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap kumpulan
Guru memberi arahan setiap kumpulan melakukan kedudukan imam dan makmum.
Guru mengulas jawapan yang dibuat oleh setiap kumpulan.
Pelajar membentuk kumpulan.

Setiap pelajar mengikut arahan guru dalam masa yang telah ditetapkan.
Pelajar melakukan aktiviti berkumpulan mengikut masa yang ditentukan oleh guru.


Hasil ketja setiap kumpulan diulas oleh guru.
Mermbuat pengukuhan :
Guru  member peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala penerangan yang diberi dengan menunjukkan prestasi mereka.

Kertas A4

Penilaian terhadap penguasaan pelajar
Penutup
Guru menerapkan nilai-nilai murni di akhir pembelajaran.
Guru member nasihat kepada pelajar agar apa yang dipelajari dijadikan iktibar dan menjadi contoh dalam amalan seharian.
Pelajar mendengar arahan guru.

No comments:

Post a Comment